Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.
Bahagian Contact adalah bahagian di mana anda memasukkan maklumat perhubungan anda. Maklumat perhubungan ini akan digunakan oleh BizNet untuk mencipta butang dan borang online yang pengunjung boleh tekan atau isikan dan terus berhubung dengan anda sama ada menerusi panggilan, mesej atau online. Untuk itu anda perlu sediakan 5 jenis maklumat berikut:-
Medan pertama di bahagian Contact (di bawah menu hitam) adalah Section Title. Medan ini tidak wajib diisi kerana BizNet akan secara automatik melatakkannya sebagai Contact Us.
Namun untuk membina website professional, anda harus mengisi medan ini. Apa yang hendak ditaip di medan ini akan menyerupai CTA bahagian Featured Products and Services yang dibincangkan dalam pelajaran yang lepas. Ini kerana tajuk bahagian ini perlu menguatkan perkara yang anda tawarkan dalam CTA sebelumnya.
Sebagai contoh jika CTA bahagian Featured Products and Services adalah Dapatkan Diskaun 70%, maka tajuk bahagian ini yang sesuai ialah Dapatkan Diskaun. Ianya menguatkan janji anda di bahagian CTA tadi.
Sebagai contoh lain jika CTA bahagian Featured Products and Services ialah Dapatkan Sampel Percuma maka tajuk yang sesuai bagi bahagian ini ialah Sampel Percuma atau yang seupama dengannya.
Jika anda hanya mahu pengunjung hubungi anda, maka tulis Hubungi Kami/Saya. Maksima ialah 7 patah perkataan.
Tindakan Anda: Sediakan tajuk Section Title dalam aplikasi atau buku nota anda.
Section Title bahagian Contact menguatkan CTA di bahagian Featured Products dan Services.
Percaya atau tidak, bahagian Contact ini juga ada CTA-nya sendiri. CTA bahagian Contact akan menjemput pengunjung mengambil tindakan yang anda mahu mereka lakukan. Tindakan ini boleh jadi salah satu atau lebih dari perkara – perkara berikut:-
BizNet memberikan anda sehingga 50 patah perkataan bagi menyakinkan pengunjung anda untuk mengambil salah satu dari tindakan – tindakan di atas. Jadi tulislah seperenggan dua teks yang boleh memberikan motivasi kepada pengunjung anda untuk bertindak. Gunakan sebarang jenis kata – kata power yang anda tahu asalkan ianya tidak keterlaluan dan berlainan dari suasana website anda.
Tindakan Anda: Cipta dua atau lebih draf bahagian CTA Contact ini. Renungkan untuk beberapa hari. Lakukan sebarang penambahbaikan dan akhir sekali pilih satu yang anda suka.
CTA bahagian Contact adalah peluang terakhir bagi anda untuk menyakinkan pengunjung mengambil tindakan. Jangan sia - siakannya.
Seksyen seterusnya adalah seksyen di mana anda memasukkan maklumat perhubungan yang sebenar. BizNet menyediakan 5 medan untuk anda isikan iaitu Alamat, Nombor Telefon, Nombor SMS, Nombor WhatsApp dan Alamat E-mel. Anda sepatutnya sudah ada semua maklumat ini seperti yang diajar dalam bahagian Penyediaan di atas.
Dari kesemua 5 butiran maklumat di atas, BizNet cuma mawajibkan anda isikan nombor telefon anda sahaja. Namun kami sarankan anda isikan semua nombor telefon, SMS dan WhatsApp.
Alamat harus diisi oleh semua jenis bisnes yang beroperasi dari premis fizikal seperti pejabat, agensi, sekolah, kedai, restoran dan sebagainya. Apabila anda mengisikan alamat, seeloknya isikan alamat lengkap anda tanpa tanda koma. Jadi alamat sepatutnya berupa 3 Persiaran Jati Dulang Taman Kendiri Bulan 30900 Batu Gajah Perak. Apabila anda mengisi alamat, BizNet akan secara automatik memasukkan satu peta Google (Google Map) ke website anda. Google Map ini akan menandakan lokasi alamat anda. Ini akan memudahkan sebarang pengunjung website mencari premis perniagaan anda.
Jika bisnes anda adalah jenis 100% online, anda boleh abaikan mengisi alamat. Sebaliknya kami menyarankan anda mengisi medan alamat e-mel.
Mengisi medan alamat e-mel akan membolehkan pengunjung menghubungi anda menerusi borang online yang akan dicipta secara automatik oleh BizNet. Menerusi borang ini pengujung boleh menghantar e-mel kepada anda.
Lebih banyak cara anda berikan pengunjung untuk berhubung dengan anda, lebih banyak maklumbalas yang anda akan terima. Oleh itu janganlah segan mengisi bahagian maklumat Contact
Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.
Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.