10 Teknik Jayakan Perniagaan Online Anda – Bahagian 3

10 Teknik Jayakan Perniagaan Online Anda – Bahagian 3

7. Viralkan Peniagaan Anda Menerusi Video

6Satu medium pemasaran yang sangat efektif sekarang adalah video. Video dapat memain peranan dengan menyampaikan maklumat secara lebih menarik kepada orang ramai. Video mampu viralkan pemasaran anda dengan cepat dan berkesan. Jika anda memiliki laman web yang tidak begitu mendapat banyak trafik, video marketing mampu menjadi penyelesaiannya. Kuasa pemasaran video tidak begitu dimanfaatkan oleh orang ramai. Kelebihan utama yang dimiliki oleh pemasaran video Internet berbanding cara tradisional menggunakan teks ialah, video adalah jauh lebih pantas dan tepat dalam menyampaikan maklumat kepada audien dan ini menjimatkan masa mereka.

Antara contoh pemasaran video adalah menerusi laman web YouTube. Idea utama pemasaran video di YouTube ialah untuk mendapatkan trafik dari laman web tersebut yang akhirnya berpotensi membawa jualan pada laman web anda. Di YouTube anda boleh iklankan video anda di sana dengan mudah dan percuma seperti yang diterangkan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.

8. Kongsi Maklumat/Tips Secara Percuma Untuk Membina Rangking Dalam SEO

7Kata orang sharing is caring. Pepatah itu sangat bermakna dalam pemasaran Internet. Kerana menerusi maklumat / tips yang diberikan secara percuma anda dapat menaikkan kredibiliti anda dan secara tak langsung dapat membina rangking dalam SEO (Search Engine Optimization). Adalah sangat mustahak membina rangking dalam SEO kerana menerusinya apa sahaja yang anda iklankan akan sentiasa berada dalam senarai atas Google.

Cuba anda bayang sekiranya laman web atau blog perniagaan online anda berada di muka surat pertama dalam hasil carian Google. Ia sudah tentu akan menjadi pilihan orang ramai untuk dilayari. Ada beberapa teknik yang perlu anda ketahui dalam membina SEO dan teknik tersebut ada dihuraikan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.

9. Membina Mailing List & Follow-Up Email

8Umumnya, pemasaran e-mel merupakan aktiviti menghantar e-mel dengan objektif perniagaan seperti mengiklankan produk dan perkhidmatan, mengukuhkan hubungan niaga, membina rangkaian niaga baru, meningkatkan reputasi perniagaan dan menambah keuntungan. Dalam pemasaran e-mel satu aspek yang tidak harus diketepikan oleh usahawan Internet adalah membina Mailing List. Mailing list merupakan satu aset ‘database’ yang penting dalam memastikan kesinambungan perniagaan yang dijalankan. Melalui database tersebut usahawan dapat meningkatkan kadar prospek dan menjalinkan hubungan yang berterusan dengan pelanggan menerusi rantaian Follow-up Email ataupun Email Newsletter.

Walaupun pemasaran email menjadi alat komunikasi nombor 1 dalam memasarkan produk di Internet, tidak semua orang tahu cara menggunakan alat pemasaran ini terutama sekali bagi mereka yang masih baru dalam pemasaran Internet. Dalam kursus Bina Blog COMPU Studies anda akan didedahkan dengan kaedah promosi menggunakan emel.

10. Aktif Berforum Di Internet

9Forum di Internet diwujudkan bagi tujuan berkongsi maklumat, berkenalan atau membincangkan sesuatu masalah atau perkara. Ruang Forum sebenarnya boleh dijadikan sebagai medium pemasaran dalam menjana trafik ke laman web anda tetapi ianya perlulah dilaksanakan dengan teknik yang betul dan penuh berhemah. Seseorang yang aktif berforum dapat menonjolkan diri dan dalam masa yang sama memasarkan diri untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan.

Antara tips yang boleh digunakan sewaktu berforum adalah menggunakan perkataan yang lebih sopan, jangan malu untuk berforum dan rajin membalas post. Selain itu beberapa teknik harus diketahui dan dipelajari dalam mempromosikan perniagaan anda di Forum seperti meletakkan signature pada nama dengan tujuan untuk menarik trafik ke laman web anda. Untuk mengetahui lebih lanjut teknik ini ada dihuraikan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.  

<<Kembali ke bahagian dua

Sumbangan oleh:-
Alfatuzee Hj Bolot aka Alfa Bravo
B. Sc. CS, M. Sc. IT, ISMS Lead Auditor ISO 27001:2005
Alfatuzee merupakan seorang pengamal siber dan penggiat Technopreneur yang menjurus ke arah menyampaikan maklumat, panduan dan tunjuk ajar kepada orang ramai khususnya dalam bidang ICT. Beliau telah berkecimpung dalam arena ICT selama lebih 13 tahun dalam sektor awam mahupun swasta.

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024