4. Iklan Laman Web Anda
Iklan merupakan nadi utama untuk mempromosikan perniagaan online anda. Tanpa iklan laman web jualan anda ibarat sebuah kedai yang tiada pelawat. Iklan memainkan peranan dalam menarik pengunjung yang akan melayari laman web anda. Melalui kunjungan tersebut kadar jualan juga akan meningkat.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik untuk mengiklankan laman web anda. Antaranya adalah seperti Google AdWords dan Google Analytics. Google Adwords merupakan satu sistem yang dapat membantu memasarkan laman web anda menerusi Enjin Carian terkemuka Google dengan penggunaan Iklan teks, gambar dan video. Manakala Google Analytics adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk menjana maklumat statistik bagi laman web anda. Kedua-dua kaedah ini ada diterangkan dengan lebih lanjut dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.
5. Pemasaran Affiliate
Affiliate merupakan kaedah perniagaan yang berteraskan perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh seseorang pemilik laman web perniagaan sekiranya laman web anda berjaya menghasilkan jualan terhadap produk mereka. Dalam ertikata lain, anda hanya perlu mempromosikan produk tersebut dan menerima komisen sekiranya promosi yang dijalankan berjaya menghasilkan jualan.
Seseorang yang menceburi perniagaan Affiliate digelar Agen Affiliate @ Affiliate Marketer. Kebanyakan usahawan-usahawan Internet yang berjaya mengakui dan bersetuju bahawa Affiliate merupakan perniagaan yang paling mudah, berkesan dan menguntungkan. Teknik pemasaran Affililate ini ada disentuh di dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.
6. Rahsia Enjin Pencari
Enjin pencari merupakan sumber bagi orang ramai untuk mandapatkan maklumat dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis Enjin Pencari yang boleh didapati di Internet. Salah satu daripadanya adalah Google yang merupakan Enjin Pencari No 1 di dunia.
Walaubagaimanapun selain daripada Google terdapat beberapa lagi Enjin Pencari lain yang terdapat di Internet seperti Yahoo, Lycos, Bing, Infoseek dan sebagainya. Selain dari maklumat, Enjin Pencari juga berperanan dalam mengembangkan perniagaan online anda. Perkara ini ada dijelaskan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.