Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.
Kata orang sharing is caring. Pepatah itu sangat bermakna dalam pemasaran Internet. Kerana menerusi maklumat / tips yang diberikan secara percuma anda dapat menaikkan kredibiliti anda dan secara tak langsung dapat membina rangking dalam SEO (Search Engine Optimization). Adalah sangat mustahak membina rangking dalam SEO kerana menerusinya apa sahaja yang anda iklankan akan sentiasa berada dalam senarai atas Google.
Cuba anda bayang sekiranya laman web atau blog perniagaan online anda berada di muka surat pertama dalam hasil carian Google. Ia sudah tentu akan menjadi pilihan orang ramai untuk dilayari. Ada beberapa teknik yang perlu anda ketahui dalam membina SEO dan teknik tersebut ada dihuraikan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.
Umumnya, pemasaran e-mel merupakan aktiviti menghantar e-mel dengan objektif perniagaan seperti mengiklankan produk dan perkhidmatan, mengukuhkan hubungan niaga, membina rangkaian niaga baru, meningkatkan reputasi perniagaan dan menambah keuntungan. Dalam pemasaran e-mel satu aspek yang tidak harus diketepikan oleh usahawan Internet adalah membina Mailing List. Mailing list merupakan satu aset ‘database’ yang penting dalam memastikan kesinambungan perniagaan yang dijalankan. Melalui database tersebut usahawan dapat meningkatkan kadar prospek dan menjalinkan hubungan yang berterusan dengan pelanggan menerusi rantaian Follow-up Email ataupun Email Newsletter.
Walaupun pemasaran email menjadi alat komunikasi nombor 1 dalam memasarkan produk di Internet, tidak semua orang tahu cara menggunakan alat pemasaran ini terutama sekali bagi mereka yang masih baru dalam pemasaran Internet. Dalam kursus Bina Blog COMPU Studies anda akan didedahkan dengan kaedah promosi menggunakan emel.
Forum di Internet diwujudkan bagi tujuan berkongsi maklumat, berkenalan atau membincangkan sesuatu masalah atau perkara. Ruang Forum sebenarnya boleh dijadikan sebagai medium pemasaran dalam menjana trafik ke laman web anda tetapi ianya perlulah dilaksanakan dengan teknik yang betul dan penuh berhemah. Seseorang yang aktif berforum dapat menonjolkan diri dan dalam masa yang sama memasarkan diri untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan.
Antara tips yang boleh digunakan sewaktu berforum adalah menggunakan perkataan yang lebih sopan, jangan malu untuk berforum dan rajin membalas post. Selain itu beberapa teknik harus diketahui dan dipelajari dalam mempromosikan perniagaan anda di Forum seperti meletakkan signature pada nama dengan tujuan untuk menarik trafik ke laman web anda. Untuk mengetahui lebih lanjut teknik ini ada dihuraikan dalam Kursus Bina Blog COMPU Studies.
Sumbangan oleh:-
Alfatuzee Hj Bolot aka Alfa Bravo
B. Sc. CS, M. Sc. IT, ISMS Lead Auditor ISO 27001:2005
Alfatuzee merupakan seorang pengamal siber dan penggiat Technopreneur yang menjurus ke arah menyampaikan maklumat, panduan dan tunjuk ajar kepada orang ramai khususnya dalam bidang ICT. Beliau telah berkecimpung dalam arena ICT selama lebih 13 tahun dalam sektor awam mahupun swasta.