Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.
Untuk menjalankan perniagaan di Internet, anda haruslah memiliki sebuah laman web yang mampu menjual. Laman web tersebut bertindak seolah-olah menjadi jurujual dan kedai online kepada produk anda . Maka, hasil jualan anda sebenarnya bergantung kepada keberkesanan laman web anda untuk meyakinkan pelawat / pembaca laman web anda bahawa mereka harus mendapatkan produk anda.
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membina sebuah laman web yang mampu menjual. Antaranya adalah seperti pemilihan laman web yang bersesuaian, rekabentuk yang menarik dan mudah untuk dilayari. Untuk mengetahui teknik yang betul dalam membina sebuah laman web yang mampu menjual, ikuti petua yang diajar dalam Kursus Laman Web dan Kursus Bina Blog COMPU Studies.
Facebook merupakan laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Jika anda mempunyai perniagaan tetapi tidak menggunakan platform Facebook sebagai salah satu medium utama, anda dilihat seperti ketinggalan. Ini kerana selain dari tujuan bersosial, Facebook juga merupakan medium perniagaan yang sangat efektif. Dengan jumlah ahlinya yang sentiasa berkembang, Facebook dilihat sebagai syurga kepada usahawan Internet yang bergiat aktif dalam perniagaan secara online.
Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan pengguna Facebook yang tertinggi di dunia. Justeru amat rugi jika peluang yang ada ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk dipelajari. Untuk mempelajari teknik lebih lanjut berkenaan Facebook ikuti Kursus Facebook secara percuma COMPU Studies.