Jawatan Kosong

Jawatan Kosong

Buat wang di masa lapang anda.
Buat wang di masa lapang anda.

COMPU Studies mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosongseperti di bawah. Kesemua jawatan kosong ini bercorak “bekerja dari rumah” dan boleh dilakukan di mana sahaja anda berada.

 Keutamaan akan diberikan kepada pelajar COMPU Studies yang telah menamatkan kursus – kursus yang berkaitan.

 Kesemua jawatan kosong ini adalah bentuk “freelancer” di mana pembayaran akan dibuat bagi tugasan yang disiapkan. Tidak ada sebarang tangga gaji dan juga tidak ada sebarang had terhadap tugasan yang boleh dilakukan. Jugatidak ada sebarang jenis yuran permohonan. Sebarang bayaran bagi jawatan ini hanyalah dari kami kepada anda.

 Pemohon mestilah bermastautin di Malaysia dan mempunyai akaun dengan Maybank atau CIMB bagi memudahkan urusan pembayaran melalui bank-in. Selain dari syarat ringkas ini, tidak ada sebarang syarat lain.

 Penting: Peluang pekerjaan ini tidak menjanjikan anda akan menjadi kaya – raya. Gunakannya sebagai pendapatan sampingan atau duit saku sambil mempelajari kemahiran baru.

 Mereka yang telah menamatkan 10 tugasan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penghargaan dari COMPU Studies.

Kelayakan Yang Dikendaki

Pemohon mesti mempunyai sekurang – kurangnya satu dari kemahiran – kemahiran berikut:-

  1. Kemahiran menghasilkan rencana atau tutorial bertulis dalam bidang IT dalam bahasa Melayu yang mudah dibaca dan senang difaham.
  2. Kemahiran membuat video demontrasi menggunakan teknologi Flash.
  3. Kemahiran pemprograman dalam Javascript, PHP dan lain – lain bahasa pemprograman.
[vfb id=6]

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024